Assalamualaikum...!
Salam Sejahtera....
Baru2 nie ada chat bersama rakan menceritakan tentang pendapat kelebihannya dalam hobi radio amatuer ini.Saya ada menanyakan dengan 9Ws ini apa kelebihan dan manfaatnya dengan hobi ini.Dimana beliau telah join dalam amatuer radio ini beliau dapat dari segi ilmu,kawan,kepentingan diri dan sebagainya.
Ilmu
Dari segi ilmu yang boleh perolehinya jikalau kita betul2 memanfaatkan dalam hobi ini dimana kita boleh mengetahui tentang atau cara komunikasi ini terjadi sedangkan kita menggunakannya pada setiap hari.Sebagai salah satu contoh kita mengunakan communication voice dimana kita boleh berinteraksi dengan komunikasi suara sedangkan dari komponen2 elektronik ini yang dicamtumkan menjadi satu alat perhubungan suara dari satu tempat ke satu tempat yang tidak kira jauhnya sebagai salah satu contoh iaitu telefon.Tidak kiralah telefon bimbit atau telefon pelbagai jenis ini.Ini terjadi dimana dari gelombang suara(bunyi) ditukarkan menjadi gelombang elektrik dan dihantar oleh antenna kepada unit penerima.
Ini berkaitan juga dengan commnication radio kita dari sekian2............boleh ber QSO dengan sekian2.....
seronok jikalau kita mengamatinya jikalau kita minat untuk belajar bagai mana komunikasi ini terjadi.Saya berminat untuk belajar ini semua apabila saya segan ditanya oleh kanak2 yang ingin mengetahui bagaimana komunkasi suara ini terjadi.Sewaktu situasi itu terjadi saya sedang duduk lepak dikampung saya yang kanak2 tersebut permikiran matang yang ingin belajar tentang komunikasi suara ini terjadi.Kita amat malu jikalau kita tidak boleh jawab soalan ketika itu.Sedangkan kita telah pun belajar sewaktu kita mengambil RAE dulu....Tak tahu ler kalau tak belajar boleh lulus atau gunakan cara yang lain...hi! hi!.....
Kawan
Dengan kelebihan hobi ini dimana kita boleh perolehi kawan yang baru malah seperti keluarga pula kita dalam hobi ini.Tidak kira dimana kita pergi dari utara ke selatan,dari timur ke barat tapi kita boleh perolehi kawan yang lebih dari kawan kita sekarang ini.Seperti saya ke satu tempat dulu atas urusan kerja sambil bercuti bersama keluarga dimana saya agak bosan ketika itu tiada program saya selama disana.Jadi dengan hobi ini saya mencari rakan yang baru dengan berjumpa rakan2 di lokalan tersebut untuk berkenalan diantara satu sama lain dan berkongsi-kongsi maklumat dan sebagainya.
Kepentingan & Kelebihan
Kelebihan dalam hobi ini dimana kita boleh hubungi dari segi bantuan kecemasan, bantuan komunikasi perluan arah tuju dan bantuan-bantuan lain.Seperti pengalaman saya dulu sewaktu ke Pulau Pinang dimana saya tidak jumpa tempat penginapan saya disana pada waktu itu.Dengan meminta bantuan rakan2 melalui Freq. lokal di sana saya terus dapat menuju tempat penginapan saya sedangkan ketika itu saya dah pun melalui di tempat penginapan saya itu.Disini banyak kita boleh perolehi kelebihannya dan kepentingannya untuk diri kita dan sebagainya.
Ok disini kita memanfaatkanlah sebetul2nya dengan kelebihan dan kepentingan kita bersama.
sekian dari saya sampai jumpa lagi.
73s
Assalamualaikum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment