Assalamualaikum semua.!!!
Baru2 ini aku ada kesebuah majlis mengenai dengan Ham Radio ini di Malaysia.Memang seronok pergi, dapat berjumpa dengan ramai rakan2 Ham Radio di sesebuah kawasan malah ada juga rakan dari jauh di dalam Malaysia ini hadir sama bagi memeriahkan Majlis ini.Tetapi........ Majlis itu hanya untuk sesebuah kawasan sahaja.....
Yang seronok dapat jumpa kawan atau rakan2 radio ham ini yang selama ini kita ber QSO tak dapat lihat muka,pada majlis itu baru dapat berjumpa. Tetapi disebaliknya org yang ingin berjumpa dan berkenalan dengan aku, tidak dapat jumpa atau berkenalan kerana aku masih menyepikan diri KU di dalam Majlis itu...aku masih jadi Pemalu dan buat2 malu kerana aku ingin melihat jenis2 rakan atau jenis Ham yang ada di Malaysia ini.
Ada yang membanggakan , ada juga yang menyeronokkan ,malah juga ada yang menyedihkan dan ada yang mendukakan....jadi di sini aku berjaya lagi melihat ragam manusia(operator Radio Amatur) di Malaysia ini yang masih mementingkan diri atau yang menjaga diri tidak menggunakan sebaiknya untuk kepentingan org lain.
Disini lagi menjadikan aku isu tanda tanya kenapa,Mengapa dan sebab apa perkara seperti ini masih ada pada diri seseorang sedangkan kita di bawah satu tempat permainan yang sama iaitu Hobi Radio Amatur.Kenapa kita tidak boleh berkesefahaman di antara satu sama lain.Mengapa pula kita tidak boleh bersatu sedangkan kita di atas satu bumbung yang sama.Ia tetap di bumbung yang sama walaupun pelbagai rupa dan bentuk...
Adakah perkara ini perlu dibendung atau dibiarkan sahaja dan akan dipandang hina oleh masyarakat baru kita ini atau diikuti pula oleh bangsa yang baru ingin menjejaki dunia Hobi Ham Radio ini.....?
Wahai umat2 operator radio amatur ku..sedarkan lah diri Mu itu supaya kita bersatu semula seperti satu keluarga yang harmoni..
73s
No comments:
Post a Comment