Thursday, December 11, 2008

Lame tak update!!!

Assalamualaikum and Salam Sejahtera...!!!
Rase lame giler aku tak update blog nie ek...ok malam nie baru tergerak hati nie nak update dengan cerita pengalaman aku dalam hobi ini..kalo nak cerita betul2 boleh buat novel..tapi aku malas nak menaip..so aku taip jer lah tentang hobi yang menarik dalam Radio Amatur ini.

Kini hobi Radio Amatur ini kian berkembang dari tak kira mana pelusuk jua pun,tak kira identiti seseorang tu,tak kira juga apa jua jenis seseorang tu dalam bidang hobi ini atau juga dikategorikan sebagai permainan masa.Hobi ini seronok dimana pada seseorang memanfaatkan hobi ini.Seperti salah satu conton saya sesat di Penang dulu...saya tak tahu dimana tempat penginapan saya disana.Dengan Hobi ini saya memanfaatkan dengan memanggil orang dikawasan sana bagi bantuan tunjuk arah saya ke destinasi saya.

Kereta kawan kehabisan minyak
Dengan RA(Radio Amatur) ini juga kita memanfaatkan dengan meminta bantuan rakan2 di freq. untuk perkara yang kita sedang alami.Seperti rakan saya dahulu kehabisan minyak di Highway.kebetulan pula saya ada scan di freq. VHF dimana freq. calling channel iaitu V40 berkedengaran iaitu distress call..saya terus menjawap panggilan tersebut dan dimaklumkan kenderaan beliau kehabisan minyak dan perlukan minyak kerana dalam keadaan bahaya.pada situasi itu juga saya menghantar minyak dan mengisi,betul2 di bahu jalan lebuhraya tersebut.Selepas bantuan minyak itu selesai kenderaan tersebut tidak boleh dinyalakan disebabkan minyak pada kenderaan itu tidak turun lagi ke carburetor...dengan perkhidmatan RA saya terus memanggil rakan2 yang lebih memahami dalam situasi tersebut.terus berjaya....

Bantuan Komunikasi ketika Bencana
Bantuan ini sebenarnya tidak berapa penting kepada sesiapa yang menilainya tanpa unsur periksa.Tetapi ia memudahkan seperti pihak2 keselamatan kita seperti Polis,Bomba,Hospital dan badan2 berunifom yang lain seperti Bulan Sabit Merah,Rela,Jabatan Pertahanam Awam(JPA3) dan sebagainya.Ini dimana kita menyalurkan sumbangan seperti komunikasi.Seperti bencana Banjir di Selatan,Tsunami di Aceh Indonesia,Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa. dan lain2.Dengan perkhidmatan RA kita ini kita dapat menghubungkan kesemua pihak yang bertanggungjawab ini dengan kita menyediakan perkhidmatan ini bagi komunikasi mereka sesama sendiri malah dengan unit2 pasukan atau uniform yang lain.Malah kita juga boleh membantu dari segi komunikasi dengan kawalan berita dan tanggungjawab diantara kita dengan pihak luar.

ILMU KOMUNIKASI
Komunikasi radio ini meluas dengan kecanggihan dunia sekarang seperti komunikasi telefon bimbit(hand phone),komunikasi sistem walkie talkie,Internet,dan sebagainya.Dengan komunikasi ni semua kita dapat pelajari dalam hobi RA ini dimana selama ini kita tidak tahu bagaimana satu alat yang kita pegang dimana banyak jenis komponen2 yang disambung kemudian menjadi telefon bimbit(HP),tetapi kita tidak mengetahui bagaimana ia boleh terjadi?Dalam hobi RA inilah kita boleh memanfaatkannya seperti
Komunikasi Suara
Station TX(transmiting) = Gelombang Suara - Gelombang Elektrik - Gelombang Radio Freq.
Station RX (Recieving) = Gelombang Radio Freq. - Gelombang Elektrik - Gelombang Suara
dimana dari gelombang suara yang keluar dari mulut kita masuk ke microfon pada PTT dan ditukarkan pada gelombang elektrik dan kemudian gelombang eletkrik tersebut dijadikan gelombang radio freq. dan dihantar kepada station penerima.

Banyak Lagi kita boleh memperolehi dalam hobi ini.

Hobi ini seronok jikalau kita betul2 minat atau kita betul2 memanfaatkan sesuatu bidang tersebut.Banyak lagi kita boleh belajar dari segi komunikasi ini.Komunikasi ini ada banyak jenis,bagi pandangan saya Gelombang Suara ini adalah 5% sahaja yang kita telah kenali dalam hobi RA ini.kerana kita ada banyak lagi jenis atau permainan dalam hobi yang kita sedang bermain ini.

Jadi kita kena tanamkan Perasaan ingin mencapai sesuatu pada yang lebih tinggi,dan kita ingin kecapi dalam apa semua bidang atau hobi yang kita ceburi.

Sekian Cerita serba sedikit mengenai hobi ini.Hampir sama seperti post saya yang sebelum ini.cuma renungan rakan2 sahaja.
sekian
73

Saturday, December 6, 2008

Pengalaman,Iktibar, Azam dalam Hobi

Assalamualaikum
Salam Sejahtera....!!!

Baru2 ini saya sekali lagi pergi ke Kelas Radio Amatur di Kolej Komuniti Jasin,Merlimau dan mengikuti kelas tersebut dimana tutor beliau adalah 9M2ARR.Amat seronok kali ini dengan sebilangan peserta Radio ini tidak berapa ramai dalam 12 SWL ini yang turut serta dimana ada yang akan mengambil RAE ini yang akan datang malah juga ada yang tidak sempat menghantar borang pun turut hadir bagi mendalami dahulu bidang Hobi Radio Amatur ini.

Kali ini saya berjumpa dengan seorang pemegang callsign dimana kelas sebelum ini beliau selaku SWL disitu.Kali ini beliau yang menguruskan kelas tersebut dengan persiapan dan kelengkapan semua dan juga ribuan terima kasih pada pihak Kolej Komuniti Jasin , Merlimau Melaka.

Saya sempat berborak dengan beliau dimana pengalaman beliau dalam hobi ini selama beberapa bulan ini beliau mengenali dan mendalami bidang hobi malah juga telah pun mempunyai Penguntukan Radas(Apparatus Assignment) sendiri.Banyak juga beliau menanyakan kenapa,mengapa dan sebab apa selalunya perkara yang tidak dingini berlaku dalam hobi ini.Sebenarnya pengalaman saya dalam hobi ini malah juga tak kira mana hobi yang saya berkecimpung juga selalunya akan terjadi perkara yang tidak diingini ini seperti hubungan, percakapan, situasi dan keadaan.Beliau juga telah menceritakan hampir kesemuanya pada saya selama kelas itu sedang berlangsung.Beliau sendiri hampir patah hati dan semangat dalam hobi ini.Perkara ini terjadi apabila satu sifat pendirian diri itu sendiri tidak dapat dikawal dimana beliau tidak mengetahui apa yang beliau sedang lakukan oleh kerana pengawalan diri itu melalui perasaan dan hati ini yang beliau tidak dapat dikontrol dalam diri.

Beliau telah memaklumkan pada saya kenapa setiap perlakuannya adalah tidak kena atau salah dalam apa jua beliau melakukannya.Seperti beliau QSO dengan sesebelah pihak membuat sedemikian malah beliau berjumpa dengan sesebelah pihak yang lain mengatakan sedemikian.Jadi disini beliau akan jadi seperti orang yang tidak tentu arah dimana beliau arus mengikuti.Adakah sebelah pihak ini benar?Adakah juga satu pihak yang lain ini benar?
Ini semua diatas tangan anda dan hati anda menentukannya dimana beliau harus memahami sifat seseorang atau sesebelah pihak ini sendiri dan juga pada pihak2 tertentu harus menilai kedua2 belah pihak dan baru membuat sesuatu perkara.Jangan pandai pulun jer....Jangan pandai mengata jer..ini juga akan menyusahkan diri sendiri pada masa hadapan.

Mungkin ikut dengan perasaan hati itu puas tapi disebaliknya akan menyusahkan diri anda semua sendiri.Mungkin juga dengan setiap perlakuan kamu itu boleh membuatkan seseorang itu mempelajarinya dengan cara kamu itu tetapi akan memburukkan keadaan lagi.
Jadi setiap apa perkara yang kita lakukan haruslah kita berwaspada dan pikir masak2 dalam apa jua yang kita lakukan.Ini kerana kesemua ini akan menentukan masa depan anda juga masa depan rakan2 lain dalam satu bidang atau hobi atau juga difahami permainan yang sama dalam bidang ini.Pikirlah lah masak2,sebelum kita melakukannya..

*nanti saya masukkan gambar kenangan saya sewaktu di kelas radio amatur di Kolej Komuniti Jasin,Merlimau.

Ribuan terima kasih pada rakan2 semua disana...dan beberapa rakan lain yang turut hadir yang telah memiliki Lesen RA ini yang turut hadir dan memberi kerja sama dalam melaksanakan program ini.
Sekian..
73

Alang2 menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan.
Alang2 dan main hobi ini, biar kita mendalami sepenuhnya.
dan juga
Alang2 dah 9Ws, biar sampai kita dapat 9Ms.....

bye... bye...

Sunday, November 23, 2008

Kelas RAE

Salam....
Pada sesiapa yang masih ingin mendaftar kelas Radio Amateur Examination masih boleh terus hubungi 9w2AUR dan 9w2ZZY sebelum 2 Disember.Kelas masih ramai lagi kosong bagi pendaftaran tersebut.
Cepat...!!! jangan lepaskan peluang yang ada
All The Best..
73s

Wednesday, November 5, 2008

Kelas RAE

Assalamualaikum

Saya ada dapat info dari 9W2AUR bahawa beliau ada buat satu kelas RAE di Melaka bagi rakan2 untuk mengambil RAE 2008 ke-2.

Tarikh kelas: 6 Disember 2008
Masa: 8.30am - 5.00pm
Tempat: Kolej Komuniti Jasin,Merlimau
Bayaran:RM30

Pendaftaran dan Bayaran boleh dibuat sebelum 22 November 2008 untuk tempahan makanan dan tempat kelas RAE tersebut.Boleh terus hubungi:
9W2AUR - 0126309034 (Aimil)
9W2ZZY - 0166499012 (Jiji)

Pembayaran boleh dibuat pada no. akaun Maybank - 104031064581 atas nama MUHAMMAD AIMIL BIN ABDUL RAHIM.
Sila maklumkan pada 9W2AUR atau 9W2ZZY atas pembayaran anda atau boleh emailkan terus pada 9w2aur@gmail.com

Saya pernah mengikuti kelas yang dibuat oleh Aimil dan 9M2ARR Pak Rahim.Seronok dan banyak membantu kepada rakan2 yang mengambil RAE dimana dalam kelas tersebut dapat belajar mengenai SOP dan garis panduan.Kemudian sesi elektrikal dan eletronik...memang menyeronokkan dan mudah difahami.Kepada rakan2 mengambil kesempatan ini untuk mengikuti Kelas tersebut.jangan lepaskan peluang yang ada.

73s

Sunday, November 2, 2008

Amateur Radio Reunion Day (ARRD)


Amateur Radio Reunion Day (ARRD) adalah suatu majlis yang dirancang untuk mengumpulkan semua amatur radio di Malaysia – Mike, Whiskey dan Short Wave Listener – tanpa mengira keahlian kelab. Tambahan lagi, kita juga meraikan 80 tahun radio amatur di Malaysia. Veteran 9M kita tidak semakin muda dan kita telah kehilangan beberapa orang. Inilah masanya untuk 9W dan SWL untuk mengenali mereka. Setakat ini 20 Mike dari seluruh negara telah mengesahkan kehadiran.

Kami juga memerlukan sukarelawan amatur radio untuk membantu menguruselia majlis. Andainya anda berminat untuk membantu, sila hubungi moderator. Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan dan buah fikiran untuk menjayakan majlis ini. Pengesahan segera kehadiran anda amat dihargai untuk memudahkan perancangan dan pelaksanaan.

ATURCARA MAJLIS Pertunjukan dan makan malam (muzik, tarian, fesyen, dsb)
Flea market
Show and tell Cabutan bertuah
Siapa dia – veteran DXpedition
Lokasi: Banglo pantai di Port Dickson, dihoskan oleh 9M2PD
Tempat tinggal: Hotel, Chalet, atau berkhemah.
Tarikh majlis: Sabtu 13 Dis – Ahad 14 Dis 2008.

Tarikh tutup pendaftaran: 8 Nov 2008 atau 300 pendaftaran awal berbayar.

Untuk mendaftar, sila hubungi:
Wakil MARTS: 9W2SBS – Aiznin Wakil
ASTRA: 9W2YR – Pak Yeop Wakil
PERAMAH: 9W2WWW – Azam Wakil
MARES: 9W2ZLH – Hazali Wakil-
wakil lain masih belum dinamakan lagi.
Harap pastikan pembayaran dibuat sewaktu pendaftaran untuk mengesahkan kehadiran.

Pembayaran/Sumbangan:
RM 30 setiap stesen (termasuk SWL)
RM 10 setiap orang ahli keluarga
* Kanak-kakan di bawah umur 7 tahun percuma.
Ahli keluarga tidak layak untuk menyertai cabutan bertuah.

******
dipetik dari webblog http://arrd08.blogspot.com/


Harap lagi ramai rakan dapat dapat serta...mengambil peluang yang ada untuk mengikuti program-program yang ada dalam hobi ini seperti ini yang jarang dilakukan...
73s
Salam
******

Saturday, October 18, 2008

Morse Code atau CW

hi all...

Kepada rakan2 yang meminati dan ingin mempelajari dalam Morse code ini boleh menghubungi saya pada email ini hamradiomalaysia@gmail.com
INSYALLAH saya akan cuba membantu dan sama2 kita mempelajari dalam bidang CW ini....
Saya hanya menunggu rakan2 untuk mempelajari bersama saya.Saya selalu di ECHOLINK...maybe saya akan cuba mengadakan KELAS MORSE Code ini melalui ECHOLINK atau saya akan buat satu blog khas atau juga maybe saya akan mengajar melalui BLOG saya ini juga...
untuk cara lain atau sebarang cadangan mengenai Kelas CW ini boleh di berikan cadangan dan pilihan anda dimana eloknya mengadakan kelas ini untuk anda mempelajarinya.Saya akan menunggu rakan2 untuk memberi sebarang cadangan atau cara2 mengenai Kelas Kod Morse ini...disini tidak kira sama ada anda telah mempelajari sepenuhnya atau anda baru ingin mempelajarinya atau juga ingin mendalami dalam CW ini...actually saya pun bukan lah pandai sangat dalam morse code ini.marilah kita sesama mempelajarinya untuk menimba ilmu yang lebih tak kira sedalam mana yang kita mampu..

sekian...
73s

Email: hamradiomalaysia@gmail.com

JOTA & JOTI

hi bertemu lagi....

*****
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jika tuan-tuan berminat boleh mendengar komunikasi anak-anak pengakap
seluruh dunia di acara JOTA yang akan diadakan mulai petang ini
hingga ahad ini. Freq tersebut:

World Scout Frequencies (JOTA) :

80 meters -- 3.690 and 3.940 MHz (SSB), 3.570 MHz (CW)
40 meters -- 7.090 and 7.190 MHz (SSB), 7.030 MHz (CW)
20 meters -- 14.290 MHz (SSB), 14.060 MHz (CW)
17 meters -- 18.140 MHz (SSB), 18.080 MHz (CW)
15 meters -- 21.360 MHz (SSB), 21.140 MHz (CW)
12 meters -- 24.960 MHz (SSB), 24.910 MHz (CW)
10 meters -- 28.390 MHz (SSB), 28.180 MHz (CW)
6 meters -- 50.160 MHz (SSB), 50.160 MHz (CW)

Keutamaan adalah diberikan pada stesyen JOTA sesama JOTA dan semua
Stesyen radio amatur yang ingin ikut serta. QSL card istimewa dengan
gambar mewakili komuniti pengakap setiap negara akan dihantar
sekiranya berjaya mengadakan perhubungan komunikasi (walaupun rubber
stamp*).

Bagi menjayakan acara ini dan membantu perhubungan sesama Jota
Stesyen maka Pengakap malaysia (PPM) akan mengadakan stesyen JOTA
(Dan JOTI) di seluruh negara.

Berminat? tunggu kami di freq2 yang dinyatakan dan berikan qso
terbaik pada mereka.. pengakap malaysia.

*rubber stamp qso - bermaksud qso yg pendek semata-mata untuk
mendapatkan callsign station dan maklumat asas sahaja. (a.k.a
touch 'n' go). Abang Mutalib, Cikgu Khusaini, Tn. Haji Zakran, En.
Sabri (bagi walayah lembah kelang) dan stesyen-stesyen lain seluruh
negara akan berkeudara nanti.

*****

di atas ini adalah saya terjumpa dalam satu groupmails iaitu mengenai JOTA dan JOTI di negara kita..kepada rakan2 yang berminat untuk mempelajarinya boleh mendengar di freq. yang dinyatakan atau di acara2 tersebut...

saya akan cuba dapatkan maklumat mengenai Jota & Joti kali ini...

Sekian....

73s