Thursday, December 11, 2008

Lame tak update!!!

Assalamualaikum and Salam Sejahtera...!!!
Rase lame giler aku tak update blog nie ek...ok malam nie baru tergerak hati nie nak update dengan cerita pengalaman aku dalam hobi ini..kalo nak cerita betul2 boleh buat novel..tapi aku malas nak menaip..so aku taip jer lah tentang hobi yang menarik dalam Radio Amatur ini.

Kini hobi Radio Amatur ini kian berkembang dari tak kira mana pelusuk jua pun,tak kira identiti seseorang tu,tak kira juga apa jua jenis seseorang tu dalam bidang hobi ini atau juga dikategorikan sebagai permainan masa.Hobi ini seronok dimana pada seseorang memanfaatkan hobi ini.Seperti salah satu conton saya sesat di Penang dulu...saya tak tahu dimana tempat penginapan saya disana.Dengan Hobi ini saya memanfaatkan dengan memanggil orang dikawasan sana bagi bantuan tunjuk arah saya ke destinasi saya.

Kereta kawan kehabisan minyak
Dengan RA(Radio Amatur) ini juga kita memanfaatkan dengan meminta bantuan rakan2 di freq. untuk perkara yang kita sedang alami.Seperti rakan saya dahulu kehabisan minyak di Highway.kebetulan pula saya ada scan di freq. VHF dimana freq. calling channel iaitu V40 berkedengaran iaitu distress call..saya terus menjawap panggilan tersebut dan dimaklumkan kenderaan beliau kehabisan minyak dan perlukan minyak kerana dalam keadaan bahaya.pada situasi itu juga saya menghantar minyak dan mengisi,betul2 di bahu jalan lebuhraya tersebut.Selepas bantuan minyak itu selesai kenderaan tersebut tidak boleh dinyalakan disebabkan minyak pada kenderaan itu tidak turun lagi ke carburetor...dengan perkhidmatan RA saya terus memanggil rakan2 yang lebih memahami dalam situasi tersebut.terus berjaya....

Bantuan Komunikasi ketika Bencana
Bantuan ini sebenarnya tidak berapa penting kepada sesiapa yang menilainya tanpa unsur periksa.Tetapi ia memudahkan seperti pihak2 keselamatan kita seperti Polis,Bomba,Hospital dan badan2 berunifom yang lain seperti Bulan Sabit Merah,Rela,Jabatan Pertahanam Awam(JPA3) dan sebagainya.Ini dimana kita menyalurkan sumbangan seperti komunikasi.Seperti bencana Banjir di Selatan,Tsunami di Aceh Indonesia,Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa. dan lain2.Dengan perkhidmatan RA kita ini kita dapat menghubungkan kesemua pihak yang bertanggungjawab ini dengan kita menyediakan perkhidmatan ini bagi komunikasi mereka sesama sendiri malah dengan unit2 pasukan atau uniform yang lain.Malah kita juga boleh membantu dari segi komunikasi dengan kawalan berita dan tanggungjawab diantara kita dengan pihak luar.

ILMU KOMUNIKASI
Komunikasi radio ini meluas dengan kecanggihan dunia sekarang seperti komunikasi telefon bimbit(hand phone),komunikasi sistem walkie talkie,Internet,dan sebagainya.Dengan komunikasi ni semua kita dapat pelajari dalam hobi RA ini dimana selama ini kita tidak tahu bagaimana satu alat yang kita pegang dimana banyak jenis komponen2 yang disambung kemudian menjadi telefon bimbit(HP),tetapi kita tidak mengetahui bagaimana ia boleh terjadi?Dalam hobi RA inilah kita boleh memanfaatkannya seperti
Komunikasi Suara
Station TX(transmiting) = Gelombang Suara - Gelombang Elektrik - Gelombang Radio Freq.
Station RX (Recieving) = Gelombang Radio Freq. - Gelombang Elektrik - Gelombang Suara
dimana dari gelombang suara yang keluar dari mulut kita masuk ke microfon pada PTT dan ditukarkan pada gelombang elektrik dan kemudian gelombang eletkrik tersebut dijadikan gelombang radio freq. dan dihantar kepada station penerima.

Banyak Lagi kita boleh memperolehi dalam hobi ini.

Hobi ini seronok jikalau kita betul2 minat atau kita betul2 memanfaatkan sesuatu bidang tersebut.Banyak lagi kita boleh belajar dari segi komunikasi ini.Komunikasi ini ada banyak jenis,bagi pandangan saya Gelombang Suara ini adalah 5% sahaja yang kita telah kenali dalam hobi RA ini.kerana kita ada banyak lagi jenis atau permainan dalam hobi yang kita sedang bermain ini.

Jadi kita kena tanamkan Perasaan ingin mencapai sesuatu pada yang lebih tinggi,dan kita ingin kecapi dalam apa semua bidang atau hobi yang kita ceburi.

Sekian Cerita serba sedikit mengenai hobi ini.Hampir sama seperti post saya yang sebelum ini.cuma renungan rakan2 sahaja.
sekian
73

No comments: