Saturday, December 6, 2008

Pengalaman,Iktibar, Azam dalam Hobi

Assalamualaikum
Salam Sejahtera....!!!

Baru2 ini saya sekali lagi pergi ke Kelas Radio Amatur di Kolej Komuniti Jasin,Merlimau dan mengikuti kelas tersebut dimana tutor beliau adalah 9M2ARR.Amat seronok kali ini dengan sebilangan peserta Radio ini tidak berapa ramai dalam 12 SWL ini yang turut serta dimana ada yang akan mengambil RAE ini yang akan datang malah juga ada yang tidak sempat menghantar borang pun turut hadir bagi mendalami dahulu bidang Hobi Radio Amatur ini.

Kali ini saya berjumpa dengan seorang pemegang callsign dimana kelas sebelum ini beliau selaku SWL disitu.Kali ini beliau yang menguruskan kelas tersebut dengan persiapan dan kelengkapan semua dan juga ribuan terima kasih pada pihak Kolej Komuniti Jasin , Merlimau Melaka.

Saya sempat berborak dengan beliau dimana pengalaman beliau dalam hobi ini selama beberapa bulan ini beliau mengenali dan mendalami bidang hobi malah juga telah pun mempunyai Penguntukan Radas(Apparatus Assignment) sendiri.Banyak juga beliau menanyakan kenapa,mengapa dan sebab apa selalunya perkara yang tidak dingini berlaku dalam hobi ini.Sebenarnya pengalaman saya dalam hobi ini malah juga tak kira mana hobi yang saya berkecimpung juga selalunya akan terjadi perkara yang tidak diingini ini seperti hubungan, percakapan, situasi dan keadaan.Beliau juga telah menceritakan hampir kesemuanya pada saya selama kelas itu sedang berlangsung.Beliau sendiri hampir patah hati dan semangat dalam hobi ini.Perkara ini terjadi apabila satu sifat pendirian diri itu sendiri tidak dapat dikawal dimana beliau tidak mengetahui apa yang beliau sedang lakukan oleh kerana pengawalan diri itu melalui perasaan dan hati ini yang beliau tidak dapat dikontrol dalam diri.

Beliau telah memaklumkan pada saya kenapa setiap perlakuannya adalah tidak kena atau salah dalam apa jua beliau melakukannya.Seperti beliau QSO dengan sesebelah pihak membuat sedemikian malah beliau berjumpa dengan sesebelah pihak yang lain mengatakan sedemikian.Jadi disini beliau akan jadi seperti orang yang tidak tentu arah dimana beliau arus mengikuti.Adakah sebelah pihak ini benar?Adakah juga satu pihak yang lain ini benar?
Ini semua diatas tangan anda dan hati anda menentukannya dimana beliau harus memahami sifat seseorang atau sesebelah pihak ini sendiri dan juga pada pihak2 tertentu harus menilai kedua2 belah pihak dan baru membuat sesuatu perkara.Jangan pandai pulun jer....Jangan pandai mengata jer..ini juga akan menyusahkan diri sendiri pada masa hadapan.

Mungkin ikut dengan perasaan hati itu puas tapi disebaliknya akan menyusahkan diri anda semua sendiri.Mungkin juga dengan setiap perlakuan kamu itu boleh membuatkan seseorang itu mempelajarinya dengan cara kamu itu tetapi akan memburukkan keadaan lagi.
Jadi setiap apa perkara yang kita lakukan haruslah kita berwaspada dan pikir masak2 dalam apa jua yang kita lakukan.Ini kerana kesemua ini akan menentukan masa depan anda juga masa depan rakan2 lain dalam satu bidang atau hobi atau juga difahami permainan yang sama dalam bidang ini.Pikirlah lah masak2,sebelum kita melakukannya..

*nanti saya masukkan gambar kenangan saya sewaktu di kelas radio amatur di Kolej Komuniti Jasin,Merlimau.

Ribuan terima kasih pada rakan2 semua disana...dan beberapa rakan lain yang turut hadir yang telah memiliki Lesen RA ini yang turut hadir dan memberi kerja sama dalam melaksanakan program ini.
Sekian..
73

Alang2 menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan.
Alang2 dan main hobi ini, biar kita mendalami sepenuhnya.
dan juga
Alang2 dah 9Ws, biar sampai kita dapat 9Ms.....

bye... bye...

No comments: