Tuesday, May 20, 2008

Flea Market Kembali lagi!! 1 Jun 2008

DaTAng JAngan Tak dAtaNG!!!.....rugi sape tak datang.............

Flea Market kembali lagi!! Kali ini dengan lebih banyak produk pelbagai berkaitan Radio Amatur. Antara produk baru:-
1) Trap dipole untuk 80m, 40m, 20m, 15m dan 10m.
2) Balun untuk Dipole antena
3) Yagi HF homebrew untuk 10m Band 3 element!!
4) ARDF Beacon Kits ver. 2.1 dan 1.1
5) Quad antenna 4 Element homebrew
6) Telescopic antenna 2m
7) Coolinear 2M base antenna
8) Cable 300 Ohm
9) Secondhand transceiver
10) Slim Jim 2M
11) dan banyak lagi........ .
Jumpa pada 1 Jun 2008 Ahad nanti!!lawati http://fleamarket.mares.org.my/ untuk gambar semasa.Bagi yang baru... berikut ialah jemputan ke Flea market kali ini Salam sejahtera,Rakan-Rakan Ham Seluruh MalaysiaUntuk menyemarakkan aktiviti radio amatur dikalangan komuniti radio amatur di Semenanjung Malaysia, saya mewakili pihak komuniti Flea Market ingin memaklumkan pihak Mares akan mengadakan Jualan Flea Market seperti di bawah:
Tarikh : 1 JUN 2008
Jam : 9.00am hingga 3.30pm
Tempat : Kelab Mares Petaling Jaya ( peta lokasi - http://www.mares.org.my/files/map-club.jpg )

Penyertaan adalah terbuka pada semua rakan-rakan radio amatur atau SWL.Para peminat hobi radio amatur dari pelbagai komuniti dapat menggunakan peluang acara Flea Market ini untuk mendapatkan 'value' pada barangan (yang telah tidak digunakan lagi) yang berkaitan hobi radio amatur seperti antena terpakai, komponen-komponen radio terpakai, kabel, buku-buku atau majalah berkaitan radio amatur, barangan homebrew dan sebagainya dengan menjualnya pada hari tersebut.Flea Market juga dapat dijadikan medan mendapatkan perkakasan radio amatur pada nilai terbaik dan ruang khidmat nasihat teknikal secara langsung dengan penjual.Disamping itu aktiviti ini dapat menjadi medan buat para peminat radio amatur mendapatkan perkakasan radio amatur dengan lebih mudah serta dapat mengeratkan hubungan sesama rakan-rakan radio amatur di Malaysia melalui interaksi.

Bagi rakan-rakan yang berminat untuk menjual barangan atau perkakasan berkaitan radio amatur atau barangan homebrew pada hari tersebut bolehlah menghubungi saya di hamfleamarket@gmail.com untuk tempahan ruang jualan. Sekiranya tidak mahu menempah ruang atau barangan yang ingin dijual adalah dalam kuantiti kecil juga boleh menumpang meja khas yang akan disediakan nanti.Bagi rakan-rakan radio amatur yang berminat membeli atau sekadar 'window shopping' juga dijemput datang untuk memeriahkan aktiviti ini nanti.

Selain aktiviti jualan terdapat beberapa aktiviti sampingan semasa jualan nanti. Maklumat lanjut mengenai Flea Market ini boleh dicapai di http://fleamarket.mares.org.my/Diharap pihak tuan dapat memaklumkan pada komuniti tuan tentang aktiviti ini dan sekiranya ada yang berminat ingin ikut serta menjual barangan atau mencari perkakasan hobi radio amatur bolehlah menghubungi kami sebelum tarikh tersebut. Kehadiran tuan-tuan nanti amat kami nantikan.
Terima kasih."Flea Market Medan Interaksi Sesama Komuniti"
Abdul Mutalib017-6391632
Komuniti Flea Market 9M2SQL

No comments: