Saturday, June 28, 2008

MegaEYEBALL , DXing , FoX Hunting , Camping

TARIKH : 05 & 06 JULAI 2008 (SABTU & AHAD)
LOKASI : PANTAI MORIB
AKTIVITI : CAMPING, BBQ, DXing, FREE & EASY
BAYARAN : RM10 PER PAX (Bayaran ini adalah untuk seafood BBQ)
CALLING CHANNEL : V40 (145.500 MHz)
Pengawal Trafik Udara 9W2OO Pak Maarof

Mega Eyeball anjuran Biro Rekreasi ASTRA Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini adalah berkonsepkan ‘Pot Luck’ di mana rakan-rakan adalah digalakkan untuk membawa makanan & minuman sendiri.

Walau bagaimanapun, Biro Rekreasi ada menyediakan ‘hasil tangkapan laut’ yang dibekalkan oleh para nelayan di Morib. Kemudahan BBQ juga ada disediakan untuk kegunaan rakan-rakan. Terdapat juga gerai-gerai makanan yang terletak berhampiran dengan tapak perkhemahan Mega Eyeball bagi kemudahan rakan-rakan dan keluarga untuk menjamu selera.

Sebarang maklumat lanjut akan di tambah dari masa ke semasa di dalam laman web ini & juga di repeater Transnasional ASTRA. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada 9W2MUC Syahrul Nizam di talian 012 336 7735 atau 9w2muc@gmail.com
SYAHRUL NIZAM BIN MD THAKHRIM
Biro Rekreasi
ASTRA Selangor/Wilayah Persekutuan
9w2muc@gmail.com
+60 12 336 7735 / +60 16 680 4114
www.astra-tengah.blogspot.com
www.astra.org.my

**MARI-MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN MAJLIS INI...DAN MENCARI RAKAN2 BARU MALAH BOLEH MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI2 YANG DIANJURKAN....Banyak ilmu boleh didapati dalam aktiviti itu...
73s

Wednesday, June 25, 2008

Perjalanan Berbaloi........

Hi All....
Assalamualaikum

Pada 24 Jun baru2 ini aku bercuti untuk menikmati dan mendalami perasaan rakan Ku ini iaitu rakan SWL(Short Wave Listener) kita yang menduduki RAE (Radio Amateur Examination).Kali ini tergerak hati aku mahu melihat di kawasan Selatan.Tapi aku ingat RAE Selatan buat di Melaka,rupa2nya kali nie buat di Johor Bahru.Apakan daya keinginan aku ingin melihat juga rakan2 ku ini aku teruskan lagi perjalananku ke Selatan Tanah Air...apabila sampai di sana aku dapat melihat ramai rakan2 yang mengambil RAE ini.Malah ada rakan dari Melaka,Negeri Sembilan pun juga sama2 turun kesana,jauh tuuu.....

Bermacam2 gaya yang aku jumpa dengan muka masing2 dapat menunjukkan rasa hati berdebar-debarnya sebelum memasuki ke dewan peperiksaan itu.Ada juga Kaum XYL,YL juga yang ambil ujian ini.kurang lebih 200 peserta RAE ini yang hadir di sebelah selatan.

Apabila jam menunjukkan 13.50 semua peserta dipanggil masuk ke dalam dewan dengan mengambil tempat masing2 untuk menjawab ujian tersebut.Dapat juga aku mengucapkan selamat berjaya kepada SWL kita ini.Kemudian aku terus berjumpa dengan rakan2 sebelah Johor Bahru ini yang mana telah pun lulus dan memeliki callsign.Ramailah juga rakan2 memberi sokongan ini untuk turun hadir menghantar SWL mereka ini.

Apabila sudah habis membasahkan tekak aku terus ke tapak RAE itu semula dimana jam dah menunjukkan 15.15 petang.Sementara aku duduk termenung sorang2 diluar dewan itu ah aku terkejut ada agak ramai lebih kurang 20 peserta ini keluar dimana 1jam selepas RAE di mulakan baru boleh keluar.Terus aku menghampiri pada mereka tapi aku tidak betegur sapa sekadar aku hanya ingin mendengar apa cerita sewaktu mereka menjawab soalan RAE tadi.Disini aku amat terkejut skit dimana cerita mereka agak kurang sedap didengar pada telinga aku tapi aku cuba juga mendengar lagi...

Salah satu topik dibincangkan mereka mengenai Soalan RAE..dapatlah aku serba sedikit mengenai soalan yang keluar pada tahun ini.seperti mengenai SOP atau garis panduan Radio Amatur kita ini...seperti Q code are you ready? = QRV dan macam2 lagi lah...tapi soalan kira2 nie kurang apa yang aku dengar....yang buat tak sedap didengar pula dimana mereka ini menafikan soalan itu susah dan sengaja dibuat susah kerana pihak yang buat itu nak untung.Aku agak terkejut disini mendengarnya mereka menafikanlah sengaja buat soalan itu susah lah supaya mereka boleh untuk dengan bayaran itu...

Di sini aku jadi tertanya2 pada hati aku adakah soalan itu susah atau mereka tidak belajar atau bersedia sebelum menduduki peperiksaan itu...pada pendapat aku soalan itu tak susah...tapi mereka itu yang tidak belajar akan rasa soalan itu susah..kerana selepas aku interview plak SWL lain mereka cakap soalan itu senang dan bagus mereka hadir ke bengkel2 rae yang diadakan oleh rakan2 yang anjurkan itu....

So....disini aku bukan nak mengata apalah....cuma nak berpesan pada SWL ini belajar lah bersungguh2 tak kira juga rakan yang dah lulus ini kerana benda nie atau ilmu ini masih digunakan sewaktu kita membuat eksperimen atau mengendalikan sewaktu komunikasi ini.

by the way...kami doakan semoga SWL kita ini yang ambil RAE baru2 ini lulus dan aktif dalam hobi ini...dan alang2 dah main hobi untuk dapat 9W biar lah terus ke 9M pula...

73s

p/s:sorry camera tak bawa...tertinggal so takde gambor....
Bola.....bola....bola....hampir ke kemuncaknya......

Monday, June 16, 2008

QSO, Eyeball QSO & Aktiviti dalam Ham Radio

Assalamualaikum
Beeeeeeeeeeerjumpa lagi disini....dimana kali ini kita membincangkan tentang topik memanfaatkan waktu, sewaktu kita membuat sesuatu aktiviti dalam hobi radio amatur ini.Tak kira lah sama ada aktiviti eyeball dijalankan atau juga mega eyeball,aktiviti2 dalam hobi ini lagi seperti fox hunt,pameran2 radio amatur,QSO di freq. dan sebagainya.Saya amat tertarik sekali dimana ada rakan SWL malah rakan2 Laaaaaaaaama juga tak kira lah 9Ms atau 9Ws ini yang menegur saya tentang manfaatkannya dalam aktiviti2 ini semua....
QSO
Apa yang korang dapat dengan QSO ini....jangan lupa QSO ini ada pelbagai jenis...seperti voice communication,digital communication dan lain2...berbalik pada cerita tajuk asal...dimana manfaatnya QSO ini jikalau kita mengguna dengan sebetulnya...apa salah jikalau kita QSO sambil berbincangkan topik semasa yang mengikut garis panduan yang dibenarkan,atau membincangkan tentang elektronik yang digunakan dalam radio amatur ini atau tak kira lah apa jua dalam hobi ini atau di luar...atau juga kita membincangkan tentang pengalaman masing2 mengenai RAE ker atau sebagainya...ini membuatkan kita dapat mengkaji sama2 dalam bidang elektronik ini disamping itu para2 pendengar ini yang di gelarkan SWL(Short Wave Listenner) atau juga yang telah memeliki AA(Apparatus Assignment)ini.Kita boleh mendatangkan minat rakan2 ini supaya dapat mempelajari sama2 dalam ilmu itu malah kita boleh menarik minat mereka dalam bidang tersebut terutama bagi saya dalam digital communication ini yang kurang digunakan di Malaysia.

Kenapa,mengapa dan sebab apa..?


Eyeball sambil QSO dan topik perbincangan....


Eyeball QSO
OoooooooK.....cerita plak pasal eyeball ini ialah dimana penemuan rakan ini dimana tempat jua untuk kena teh tarik atau sebagainya...Saya juga ditanya faedahnya kamu ber-eyeball dimana jua...apa yang kamu dapat.ini asyik cerita hal sendiri,mengata sini,mengata sana.apa yang kamu dapat...?kan dah buang masa.sedangkan kamu semua boleh membincangkan tetang apa2 topik yang berfaedah tak kira lah apa jenis tajuk pun yang terutama ini dalam hobi radio amatur ini..terutama ini kepada rakan2 SWL kita dimana mereka akan mengambil RAE yang tidak lama lagi...jikalau eyeball mereka ini untuk mengurangkan tension belajar RAE *Alhamdulillah* atau tension dalam pekerjaan takper...tapi kita memanfaatkan masa ini dengan perbincangan topik2 hal lain.tapi janganlah buang masa dengan eyeball seperti di kedai kopi biasa dimana mengata orang sana,sini....

Renungkan lah....



Nasib baik takde rotan jer.....waktu itu..hehehe....

Aktivit dalam Ham Radio

ahhhhhh.........!ok cerita plak pasal aktiviti ini banyak saya dah join dengan hobi ini dimana rakan2 ku yang sama berjuang dengan saya ini masih tidak tahu dalam ilmu hobi ini sedangkan mereka telah mempelajarinya dalam aktiviti ini...seperti Fox Hunting dulu...apa saya dapat dengan aktiviti itu saya dapat belajar tentang signal,tentang Rx signal menggunakan jenis2 ant.,dapat mengetahui jenis2 ant.,dapat mengetahui sejarah pencarian signal ini, dan sebagainya...kenapa kamu semua tidak memanfaatkan ilmu itu dengan sempurnanya...sedangkan kita membuat pelbagai lagi aktiviti lain seperti DXing,Megaeyeball,digital communcation DX...DXPedition dan sebagainya....kenapa kamu membuang masa dengan aktiviti itu ajee....kenapa tidak mahu menanya dalam aktiviti itu kepada orang yang mengetahuinya...adakah timbul perasaan malu,segan dan lain2...cakap hebat kita ini dah serupa macam satu keluarga yang baru..tapi kenapa nak malu..kenapa nak segan...ah.......!


Fox Hunt...


fielday sambil belajar....tapi aku hanya jadi cameraman sahaja...huhuhu

Ok...Janganlah kamu menyesal kian hari jikalau orang menanyakan tentang perkara ini sedangkan kamu mengatakan pada diri kamu ini hebat dan janganlah kamu menyesal kian hari sedangkan kamu telah mengikuti program2 itu dulu...dah pun belajar....

Kesempatan ini saya ingin berkongsi bersama marilah kita mempelajari sama2 untuk kepentingan diri kita bersama.jangan memencil diri,jangan juga akan timbul rasa segan pada diri satu hari kelak...

Kesempatan ini juga saya ingin memohon maaf jikalau ada salah silap saya tak kiralah dari segi percakapan saya,pertuturan saya malah perbuatan saya selama ini tak kira lah topik2 yang lain....semoga kita semua maju dihadapan,jangan toleh kebelakang lagi...masih boleh pandang kebelakang jikalau sempat untuk membantu pada diri kita dan bangsa2 kita kelak...

73s
All The Best...

bye..........bye..........

Thursday, June 12, 2008

RF Connectors

hi...

Ok disini saya ingin menceritakan dimana bahawa ada rakan menanyakan jenis2 connecter untuk disambungkan dari coaxial cable dengan transciever yang bersesuaian...saya amat seronok dan tertarik disini mahu menceritakan bahawa kita harus mengenali connectors yang bersesuaian untuk digunakan...

Ini kerana kita harus memilih dan mengenali jenis2 connector ini supaya lebih bersesuaian denagn pancaran(transmitting)power dari alat pemancar(transciever) kita malah setup yang betul.

Jenis2 connecter yang biasa kita gunakan seperti UHF Connector iaitu PL-259, BNC connectors, TNC connector, SMA connectors dan sebagainya...

Ini adalah jenis2 yang saya boleh kongsi bersama seperti

BNC Connector

PL-259 disambung pada cable besar...(Rg213,RG8)

PL-259 ke Cable RG-58

SMA connector Sambung pada cable RG-58


Connector converter

Bagi rakan2 ku sekalian yang ingin mengenali jenis2 connectors ini anda boleh lah click di URL ini http://www.rf-connector-manufacturer.com/rf-connector.htm

http://en.wikipedia.org/wiki/RF_connector

http://www.wa1mba.org/rfconn.htm

Sekian...sahaja...

Selamat mengenali jenis2 connectors...

bye....bye....

73s

Wednesday, June 11, 2008

Kelas RAE @ SWL (Peserta RAE)

Assalamualaikum
Salam Sejahtera....!

Kita jumpa di sini lagi membincangkan mengenai Kelas RAE yang rakan2 buat..saya baru2 ini ada ke Melaka dengan sempena ada urusan saltmine selama 2minggu.Saya dapat berjumpa dengan rakan2 Melaka seperti 9M2ARR , 9W2AUR, 9W2ZZY , 9W2EEJ 9W2ZZC dan ramai lagi....







Dimana tarikh saya ke sana rakan2 tersebut ada mengadakan bengkel atau Class RAE di mana mereka adakan di Kolej Komuniti Jasin,Merlimau.Ada yang menyeronokkan,ada juga yang mendukacitakan dimana Pengendali Kelas ataubengkel tersebut kecewa dengan SWL atau dikenali sebagai peserta RAE ini yang tidak hadir.Mereka memaklumkan juga bahawa mereka bersusah payah mengatur program tersebut tetapi kurang respon dari SWL ini yang akan menduduki peperiksaan Radio Amatur tidak lama lagi...




Keadaan dalam Kelas....sebelum kelas bermula.....


Sedang belajar.....


Suasana dalam Kelas.....



Kenapa...? Mengapa...? dan Sebab apa...?


Salah seorang dari SWL ini saya dapat bertanyakan kenapa agak kurang peserta(SWL) ini hadir dimana dengan alasannya bahawa beliau memaklumkan dimana tarikh yang di buat oleh penganjur ini tidak bersesuaian dengan waktunya.Walaupun pada Hari Sabtu hari cuti tapi agak QRL dengan musim mengawan ini dimana banyak majlis perkahwinan saudara mara mereka.Sempat saya bertanyakan dimana soalan yang saya ajukan ini berbentuk kasar sedikit dimana Adakah penganjur ini buat untuk rakan2 atau peserta yang ambil RAE ini atau pihak penganjur ini inginkan keuntungan?dan jawapan yang saya perolehi adalah no comment...



9W2ZZC


9W2EEJ


9M2ARR


9W2ZZY


9W2AUR buat ujian ant.

Saya juga terasa pada diri saya dimana pihak penganjur ini kesal tetapi kekesalan itu tidak juga terpendam dalam diri kerana dengan peserta ini mencapai 50% target mereka yang hadir dengan juga peserta2 ini yang akan mengambil RAE akan datang ini.

So kesempatan ini Saya Mengucapkan selamat berjaya dalam RAE...yang akan tiba tak lama lagi ini...yang pergi menjawab RAE di tempat2 jauh jangan buangkan masa anda malah wang ringgit anda sekali...dimana perbelanjaan tinggi dengan kenaikan Minyak kini di Negara kita...so jangan mengsia-siakannya...Selamat Berjaya..

73s

Assalamualaikum

*Maaf lama tak update blog..sibuk,ni plak Demam boleeee sepeeekkk.......
ok bye..