Monday, June 16, 2008

QSO, Eyeball QSO & Aktiviti dalam Ham Radio

Assalamualaikum
Beeeeeeeeeeerjumpa lagi disini....dimana kali ini kita membincangkan tentang topik memanfaatkan waktu, sewaktu kita membuat sesuatu aktiviti dalam hobi radio amatur ini.Tak kira lah sama ada aktiviti eyeball dijalankan atau juga mega eyeball,aktiviti2 dalam hobi ini lagi seperti fox hunt,pameran2 radio amatur,QSO di freq. dan sebagainya.Saya amat tertarik sekali dimana ada rakan SWL malah rakan2 Laaaaaaaaama juga tak kira lah 9Ms atau 9Ws ini yang menegur saya tentang manfaatkannya dalam aktiviti2 ini semua....
QSO
Apa yang korang dapat dengan QSO ini....jangan lupa QSO ini ada pelbagai jenis...seperti voice communication,digital communication dan lain2...berbalik pada cerita tajuk asal...dimana manfaatnya QSO ini jikalau kita mengguna dengan sebetulnya...apa salah jikalau kita QSO sambil berbincangkan topik semasa yang mengikut garis panduan yang dibenarkan,atau membincangkan tentang elektronik yang digunakan dalam radio amatur ini atau tak kira lah apa jua dalam hobi ini atau di luar...atau juga kita membincangkan tentang pengalaman masing2 mengenai RAE ker atau sebagainya...ini membuatkan kita dapat mengkaji sama2 dalam bidang elektronik ini disamping itu para2 pendengar ini yang di gelarkan SWL(Short Wave Listenner) atau juga yang telah memeliki AA(Apparatus Assignment)ini.Kita boleh mendatangkan minat rakan2 ini supaya dapat mempelajari sama2 dalam ilmu itu malah kita boleh menarik minat mereka dalam bidang tersebut terutama bagi saya dalam digital communication ini yang kurang digunakan di Malaysia.

Kenapa,mengapa dan sebab apa..?


Eyeball sambil QSO dan topik perbincangan....


Eyeball QSO
OoooooooK.....cerita plak pasal eyeball ini ialah dimana penemuan rakan ini dimana tempat jua untuk kena teh tarik atau sebagainya...Saya juga ditanya faedahnya kamu ber-eyeball dimana jua...apa yang kamu dapat.ini asyik cerita hal sendiri,mengata sini,mengata sana.apa yang kamu dapat...?kan dah buang masa.sedangkan kamu semua boleh membincangkan tetang apa2 topik yang berfaedah tak kira lah apa jenis tajuk pun yang terutama ini dalam hobi radio amatur ini..terutama ini kepada rakan2 SWL kita dimana mereka akan mengambil RAE yang tidak lama lagi...jikalau eyeball mereka ini untuk mengurangkan tension belajar RAE *Alhamdulillah* atau tension dalam pekerjaan takper...tapi kita memanfaatkan masa ini dengan perbincangan topik2 hal lain.tapi janganlah buang masa dengan eyeball seperti di kedai kopi biasa dimana mengata orang sana,sini....

Renungkan lah....



Nasib baik takde rotan jer.....waktu itu..hehehe....

Aktivit dalam Ham Radio

ahhhhhh.........!ok cerita plak pasal aktiviti ini banyak saya dah join dengan hobi ini dimana rakan2 ku yang sama berjuang dengan saya ini masih tidak tahu dalam ilmu hobi ini sedangkan mereka telah mempelajarinya dalam aktiviti ini...seperti Fox Hunting dulu...apa saya dapat dengan aktiviti itu saya dapat belajar tentang signal,tentang Rx signal menggunakan jenis2 ant.,dapat mengetahui jenis2 ant.,dapat mengetahui sejarah pencarian signal ini, dan sebagainya...kenapa kamu semua tidak memanfaatkan ilmu itu dengan sempurnanya...sedangkan kita membuat pelbagai lagi aktiviti lain seperti DXing,Megaeyeball,digital communcation DX...DXPedition dan sebagainya....kenapa kamu membuang masa dengan aktiviti itu ajee....kenapa tidak mahu menanya dalam aktiviti itu kepada orang yang mengetahuinya...adakah timbul perasaan malu,segan dan lain2...cakap hebat kita ini dah serupa macam satu keluarga yang baru..tapi kenapa nak malu..kenapa nak segan...ah.......!


Fox Hunt...


fielday sambil belajar....tapi aku hanya jadi cameraman sahaja...huhuhu

Ok...Janganlah kamu menyesal kian hari jikalau orang menanyakan tentang perkara ini sedangkan kamu mengatakan pada diri kamu ini hebat dan janganlah kamu menyesal kian hari sedangkan kamu telah mengikuti program2 itu dulu...dah pun belajar....

Kesempatan ini saya ingin berkongsi bersama marilah kita mempelajari sama2 untuk kepentingan diri kita bersama.jangan memencil diri,jangan juga akan timbul rasa segan pada diri satu hari kelak...

Kesempatan ini juga saya ingin memohon maaf jikalau ada salah silap saya tak kiralah dari segi percakapan saya,pertuturan saya malah perbuatan saya selama ini tak kira lah topik2 yang lain....semoga kita semua maju dihadapan,jangan toleh kebelakang lagi...masih boleh pandang kebelakang jikalau sempat untuk membantu pada diri kita dan bangsa2 kita kelak...

73s
All The Best...

bye..........bye..........

No comments: