Hi All....
Assalamualaikum
Pada 24 Jun baru2 ini aku bercuti untuk menikmati dan mendalami perasaan rakan Ku ini iaitu rakan SWL(Short Wave Listener) kita yang menduduki RAE (Radio Amateur Examination).Kali ini tergerak hati aku mahu melihat di kawasan Selatan.Tapi aku ingat RAE Selatan buat di Melaka,rupa2nya kali nie buat di Johor Bahru.Apakan daya keinginan aku ingin melihat juga rakan2 ku ini aku teruskan lagi perjalananku ke Selatan Tanah Air...apabila sampai di sana aku dapat melihat ramai rakan2 yang mengambil RAE ini.Malah ada rakan dari Melaka,Negeri Sembilan pun juga sama2 turun kesana,jauh tuuu.....
Bermacam2 gaya yang aku jumpa dengan muka masing2 dapat menunjukkan rasa hati berdebar-debarnya sebelum memasuki ke dewan peperiksaan itu.Ada juga Kaum XYL,YL juga yang ambil ujian ini.kurang lebih 200 peserta RAE ini yang hadir di sebelah selatan.
Apabila jam menunjukkan 13.50 semua peserta dipanggil masuk ke dalam dewan dengan mengambil tempat masing2 untuk menjawab ujian tersebut.Dapat juga aku mengucapkan selamat berjaya kepada SWL kita ini.Kemudian aku terus berjumpa dengan rakan2 sebelah Johor Bahru ini yang mana telah pun lulus dan memeliki callsign.Ramailah juga rakan2 memberi sokongan ini untuk turun hadir menghantar SWL mereka ini.
Apabila sudah habis membasahkan tekak aku terus ke tapak RAE itu semula dimana jam dah menunjukkan 15.15 petang.Sementara aku duduk termenung sorang2 diluar dewan itu ah aku terkejut ada agak ramai lebih kurang 20 peserta ini keluar dimana 1jam selepas RAE di mulakan baru boleh keluar.Terus aku menghampiri pada mereka tapi aku tidak betegur sapa sekadar aku hanya ingin mendengar apa cerita sewaktu mereka menjawab soalan RAE tadi.Disini aku amat terkejut skit dimana cerita mereka agak kurang sedap didengar pada telinga aku tapi aku cuba juga mendengar lagi...
Salah satu topik dibincangkan mereka mengenai Soalan RAE..dapatlah aku serba sedikit mengenai soalan yang keluar pada tahun ini.seperti mengenai SOP atau garis panduan Radio Amatur kita ini...seperti Q code are you ready? = QRV dan macam2 lagi lah...tapi soalan kira2 nie kurang apa yang aku dengar....yang buat tak sedap didengar pula dimana mereka ini menafikan soalan itu susah dan sengaja dibuat susah kerana pihak yang buat itu nak untung.Aku agak terkejut disini mendengarnya mereka menafikanlah sengaja buat soalan itu susah lah supaya mereka boleh untuk dengan bayaran itu...
Di sini aku jadi tertanya2 pada hati aku adakah soalan itu susah atau mereka tidak belajar atau bersedia sebelum menduduki peperiksaan itu...pada pendapat aku soalan itu tak susah...tapi mereka itu yang tidak belajar akan rasa soalan itu susah..kerana selepas aku interview plak SWL lain mereka cakap soalan itu senang dan bagus mereka hadir ke bengkel2 rae yang diadakan oleh rakan2 yang anjurkan itu....
So....disini aku bukan nak mengata apalah....cuma nak berpesan pada SWL ini belajar lah bersungguh2 tak kira juga rakan yang dah lulus ini kerana benda nie atau ilmu ini masih digunakan sewaktu kita membuat eksperimen atau mengendalikan sewaktu komunikasi ini.
by the way...kami doakan semoga SWL kita ini yang ambil RAE baru2 ini lulus dan aktif dalam hobi ini...dan alang2 dah main hobi untuk dapat 9W biar lah terus ke 9M pula...
73s
p/s:sorry camera tak bawa...tertinggal so takde gambor....
Bola.....bola....bola....hampir ke kemuncaknya......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment