Saturday, August 2, 2008

QSO yang seronok...

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Sekali lagi QSO dari rakan jiran tertangga kita membincangkan topik mengenai penyampaian QSO dengan seronok dan betul.

Tepat pada Jam 19.13 UTC sehingga 20.09 UTC dapat QSO sama YC6FD Om Adi from Aceh & YC0FRM Pak Djoko dari Jakarta pada 2 August dimana topik yang membincangkan cara penyampaian dan perbualan diantara ham station kita ini.tak kira sama ada freq. atau kemudahan lain yang ada.Ini dimana cara perbualan kita dengan penyampaian yang seronok dan senang untuk QSO diantara satu sama lain.Seperti saya yang asalnya dari kampung yang tidak berapa pandai dalam segi bahasa english ini,dengan kesempatan dalam hobi ini saya cuba memahami dengan monitor di freq. HF dan juga via internet seperti echolink,eqso dan cq100..disamping itu cuba juga berkomunikasi(QSO) dengan rakan2 luar untuk mendalami dalam bahasa2 tertentu.


Ada plak menafikan dimana kita telah mengikut bahasa2 luar dan dibawa2 ke Malaysia seperti Bahasa Indonesia yang selalu diguna pakai diantara kita.Bagi saya jikalau kita QSO dengan menggunakan bahasa luar untuk mendalaminya atau mempelajarinya tidak jadi masalah dengan cara yang betul,tetapi penggunaan dengan cara tersendiri itu agak luar biasa lah sedikit...

Pengalaman QSO dengan station luar lagi saya dapat mempelajari cara perbualan yang seronok dibualkan atau diQSOkan dengan seronok,happy,gembira dan berkaitan dengannya..mereka mempraktikkan cara perbualan itu dengan mengikut SOP dan penyampaian perbualan itu diisi dengan kata2 kiasan,humor,nada perbualan atau juga penyampaian(QSO)....Apabila kita berbual(QSO) dengan mereka pun jadi seronok kita dengan semua itu dilengkapinya.jadi kita boleh lah sama2 memulakan atau mempraktikkan cara ini bagi menyeronokkan sesuatu perbualan dan malah kita boleh merapatkan SILATURRAHIM diantara kita sesama keluarga yang baru iaitu dalam Keluarga RADIO AMATUR ini.

Ini juga seperti kita mendengar satu lagu atau muzik yang seronok kita dengar dengan senikatanya dilengkapi dengan isi2 yang penting,susunan skrip lagu itu,dan rentak penyampaian lirik2 lagu itu kepada kita.Jadi kita mendengar lagu itu malah kita boleh menghafalkannya.Seperti juga kita menghiaskan diri kita dengan make-up dan perhiasan yang cantik2 pada diri kita.Mula dari sekarang kita menghiaskan perbualan kita dalam QSO ini.



*QSO dengan senyuman
*QSO dengan keseronokan
*QSO dengan kegembiraan
*QSO dengan .............

QSO = Komunikasi
*Komunikasi adalah sebahagian dalam kehidupan pada diri kita,tak kira samada dari segi perbualan,atau pertunjukan....Komunikasi ini penting dalam diri kita.

Sekian....
--... ...--
bye

No comments: