Saturday, October 18, 2008

Morse Code atau CW

hi all...

Kepada rakan2 yang meminati dan ingin mempelajari dalam Morse code ini boleh menghubungi saya pada email ini hamradiomalaysia@gmail.com
INSYALLAH saya akan cuba membantu dan sama2 kita mempelajari dalam bidang CW ini....
Saya hanya menunggu rakan2 untuk mempelajari bersama saya.Saya selalu di ECHOLINK...maybe saya akan cuba mengadakan KELAS MORSE Code ini melalui ECHOLINK atau saya akan buat satu blog khas atau juga maybe saya akan mengajar melalui BLOG saya ini juga...
untuk cara lain atau sebarang cadangan mengenai Kelas CW ini boleh di berikan cadangan dan pilihan anda dimana eloknya mengadakan kelas ini untuk anda mempelajarinya.Saya akan menunggu rakan2 untuk memberi sebarang cadangan atau cara2 mengenai Kelas Kod Morse ini...disini tidak kira sama ada anda telah mempelajari sepenuhnya atau anda baru ingin mempelajarinya atau juga ingin mendalami dalam CW ini...actually saya pun bukan lah pandai sangat dalam morse code ini.marilah kita sesama mempelajarinya untuk menimba ilmu yang lebih tak kira sedalam mana yang kita mampu..

sekian...
73s

Email: hamradiomalaysia@gmail.com

JOTA & JOTI

hi bertemu lagi....

*****
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jika tuan-tuan berminat boleh mendengar komunikasi anak-anak pengakap
seluruh dunia di acara JOTA yang akan diadakan mulai petang ini
hingga ahad ini. Freq tersebut:

World Scout Frequencies (JOTA) :

80 meters -- 3.690 and 3.940 MHz (SSB), 3.570 MHz (CW)
40 meters -- 7.090 and 7.190 MHz (SSB), 7.030 MHz (CW)
20 meters -- 14.290 MHz (SSB), 14.060 MHz (CW)
17 meters -- 18.140 MHz (SSB), 18.080 MHz (CW)
15 meters -- 21.360 MHz (SSB), 21.140 MHz (CW)
12 meters -- 24.960 MHz (SSB), 24.910 MHz (CW)
10 meters -- 28.390 MHz (SSB), 28.180 MHz (CW)
6 meters -- 50.160 MHz (SSB), 50.160 MHz (CW)

Keutamaan adalah diberikan pada stesyen JOTA sesama JOTA dan semua
Stesyen radio amatur yang ingin ikut serta. QSL card istimewa dengan
gambar mewakili komuniti pengakap setiap negara akan dihantar
sekiranya berjaya mengadakan perhubungan komunikasi (walaupun rubber
stamp*).

Bagi menjayakan acara ini dan membantu perhubungan sesama Jota
Stesyen maka Pengakap malaysia (PPM) akan mengadakan stesyen JOTA
(Dan JOTI) di seluruh negara.

Berminat? tunggu kami di freq2 yang dinyatakan dan berikan qso
terbaik pada mereka.. pengakap malaysia.

*rubber stamp qso - bermaksud qso yg pendek semata-mata untuk
mendapatkan callsign station dan maklumat asas sahaja. (a.k.a
touch 'n' go). Abang Mutalib, Cikgu Khusaini, Tn. Haji Zakran, En.
Sabri (bagi walayah lembah kelang) dan stesyen-stesyen lain seluruh
negara akan berkeudara nanti.

*****

di atas ini adalah saya terjumpa dalam satu groupmails iaitu mengenai JOTA dan JOTI di negara kita..kepada rakan2 yang berminat untuk mempelajarinya boleh mendengar di freq. yang dinyatakan atau di acara2 tersebut...

saya akan cuba dapatkan maklumat mengenai Jota & Joti kali ini...

Sekian....

73s

lama tak update

Assalamualaikum
Salam Sejahtera pada semua rakan2 yang sudi melawati blog ini.Agak lama saya tak update blog kerana agak sibuk dengan suasana Raya pada kali ini dan tahun ini juga barulah saya berasa suasana Raya dengan Family saya yang agak lama kerana sebelum ini ditugaskan di luar dari tempat atau QTH saya...dan ketika ini saya sedang bercuti bersama Family di Port Dickson dengan suasana yang meriah bersama sanak saudara saya di sini.

Keseronokkan sesekali bersama Keluarga dan sanak saudara sambil BBQ tu...
Kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin kepada semua rakan2 ku yang melawati blog ini.
Salam dari keluarga untuk keluarga dengan harapan sentiasa terkhabar sihat selalu.
73s
All The Best

Salam

** huhuhu..Sayang tak dapat ikut acara Jota kali ini kerana sibuk bersama Family...tapi ape citer JOTA and JOTI ini ek....?

Tuesday, September 23, 2008

good luck....>>!!!!!

Good Luck kepada semua peserta CW-Test 02 2008....

Semoga berjaya dan meramaikan lagi HF ini yang sepi....

Kesempatan ini mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang kian menjelma...
Pejam Celik,Pejam Celik dah nak raya... yeye2...raya...hehehehe
73s

Assalamualaikum

Wednesday, September 3, 2008

Perjalanan saya ke Riau

Hi...semua lama update blog..
baru2 ini perjalanan saya ke Riau atas program Jelajah Perjuangan Kerajaan Melayu Riau-Melaka dimana dapat merasakan suasana perjalanan dimana agak jauh bezanya dengan jalanraya dinegara kita...story itu ada dalam blog ini http://program-mgbm.blogspot.com/

Disini saya ingin berkongsikan dimana saya dapat mengambil serba sedikit gambar disana dimana saya idamkan untuk dimilikinya...tapi tak kesampaian lagi..huhuhu


Parabola dengan Motor pengubah satellite

Bunga api dari atas jambatan


Tower dengan Ant. HF


Permainan panjat tiang licin
Permainan ini sangat popular di kawasan jiran tetangga negara kita dimana tiang itu disapukan dengan greese supaya licin dan hadiah menunggu di atas...



ini lah saya....tapi yang pegang camera...


kesempatan ini mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadan sehingga menjelang 1 Syawal, INSYALLAH....

--... ...--
.-.-.
-.-


Saturday, August 2, 2008

QSO yang seronok...

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Sekali lagi QSO dari rakan jiran tertangga kita membincangkan topik mengenai penyampaian QSO dengan seronok dan betul.

Tepat pada Jam 19.13 UTC sehingga 20.09 UTC dapat QSO sama YC6FD Om Adi from Aceh & YC0FRM Pak Djoko dari Jakarta pada 2 August dimana topik yang membincangkan cara penyampaian dan perbualan diantara ham station kita ini.tak kira sama ada freq. atau kemudahan lain yang ada.Ini dimana cara perbualan kita dengan penyampaian yang seronok dan senang untuk QSO diantara satu sama lain.Seperti saya yang asalnya dari kampung yang tidak berapa pandai dalam segi bahasa english ini,dengan kesempatan dalam hobi ini saya cuba memahami dengan monitor di freq. HF dan juga via internet seperti echolink,eqso dan cq100..disamping itu cuba juga berkomunikasi(QSO) dengan rakan2 luar untuk mendalami dalam bahasa2 tertentu.


Ada plak menafikan dimana kita telah mengikut bahasa2 luar dan dibawa2 ke Malaysia seperti Bahasa Indonesia yang selalu diguna pakai diantara kita.Bagi saya jikalau kita QSO dengan menggunakan bahasa luar untuk mendalaminya atau mempelajarinya tidak jadi masalah dengan cara yang betul,tetapi penggunaan dengan cara tersendiri itu agak luar biasa lah sedikit...

Pengalaman QSO dengan station luar lagi saya dapat mempelajari cara perbualan yang seronok dibualkan atau diQSOkan dengan seronok,happy,gembira dan berkaitan dengannya..mereka mempraktikkan cara perbualan itu dengan mengikut SOP dan penyampaian perbualan itu diisi dengan kata2 kiasan,humor,nada perbualan atau juga penyampaian(QSO)....Apabila kita berbual(QSO) dengan mereka pun jadi seronok kita dengan semua itu dilengkapinya.jadi kita boleh lah sama2 memulakan atau mempraktikkan cara ini bagi menyeronokkan sesuatu perbualan dan malah kita boleh merapatkan SILATURRAHIM diantara kita sesama keluarga yang baru iaitu dalam Keluarga RADIO AMATUR ini.

Ini juga seperti kita mendengar satu lagu atau muzik yang seronok kita dengar dengan senikatanya dilengkapi dengan isi2 yang penting,susunan skrip lagu itu,dan rentak penyampaian lirik2 lagu itu kepada kita.Jadi kita mendengar lagu itu malah kita boleh menghafalkannya.Seperti juga kita menghiaskan diri kita dengan make-up dan perhiasan yang cantik2 pada diri kita.Mula dari sekarang kita menghiaskan perbualan kita dalam QSO ini.



*QSO dengan senyuman
*QSO dengan keseronokan
*QSO dengan kegembiraan
*QSO dengan .............

QSO = Komunikasi
*Komunikasi adalah sebahagian dalam kehidupan pada diri kita,tak kira samada dari segi perbualan,atau pertunjukan....Komunikasi ini penting dalam diri kita.

Sekian....
--... ...--
bye

Sunday, July 13, 2008

Operator Ham Radio minat pada dunia hobi ini...

Assalamualaikum,Salam sejahtera...

Maaf rakan2 ku semua lama tak update blog..lagi sibuk dah sekarang nie...



Wokay...kat sini aku ada story skit mengenai rakan baru aku jumpa...amat tertarik disini dimana aku dapat jumpa rakan baru ini dalam internet dimana beliau berminat nak belajar tapi dia sendiri takde cikgu..selepas lulus dalam exam baru jumpa aku terus melantik aku jadi guru dia dalam hobi ini...walau pun hobi ini tidak berbayar,tidak bergaji,seperti aku jumpa dengan seorang 9Ms ini dia kata ini semua dia lakukan semuanya *unpaid* tapi dia masih bersemangat ketar...untuk mengajar semua,tapi amat sayang dia nie tidak berapa minat nak mengajar apabila melihat politik dalam hobi ini...huhuhu...so rakan baru aku tu ialah Saudara Aziran 9W2AZX yang asala dari utara tetapi bekerja di sebalah zon tengah dan tinggal di Shah Alam,itu sempat aku interview dia.baru berapa kali jumpa dia.tapi sayang jumpa sama2 malu..hahaha



Okay aku nampak disini di mana rakan2 yang kebarangkaliannya tidak berapa berminat untuk mendalaminya lagi radio ini.sedangkan kita boleh perolehi banyak lagi ilmu untuk kita sama2 belajar...walaupun ilmu itu kita tidak boleh bawa kemana tetapi ia tetap masih digunakan pada kita setiap hari selagi kita masih hidup didunia ini..seperti story yang aku masukkan dalam blog sebelum ini..cerita dia sama jer...



Seperti saudara 9W2AZX ini berminat bertanyakan pada aku mengenai ant. 2m ini...so dia tak paham mengenai ukuran ant. ini dan sebagainya.aku minta beliau terus telefon aku pada jam 3.26 minit pagi ketika itu so dia terus berminat untuk belajar.walaupun aku dah mengatuk tapi layan jer lah selaku anak murid bertanyakan...

so mengenai ant. ini aku ingin kongsi sedikit,bahawa kita tidak boleh ikut seratus peratus apa yang dalam buku itu kata dan cara kiraan kita itu.tapi kita boleh ambil ukurannya.sebab dalam buku itu kata buat macam2 ini,tapi buku itu mengikut ant. yang buku itu buat..tapi lain pula dengan cara yang kita buat,ini kemungkinan terjadi apabila kita tidak boleh buat ant. itu sama 100% seperti buku itu buat.kecuali tangan kita ni boleh buat sehalus seperti ant. yang buku itu buat.SO suggestion saya kepada rakan2 ini nak buat ant. dan hendak tunekan ant. itu pada freq.2 sekian harulah mengunakan secara amali dan teori juga perlu di buat supaya kita boleh dapat setepat freq. yang kita mahukan.Setiap orang perlulah ada SWR meter sendiri atau boleh pinjam pada rakan2 kita atau juga boleh share untuk memilikinya jikalau tidak mampu.seperti aku...huhuhu...

Okay ini bukan sahaja SWR meter yang perlu ada apabila kita memiliki radio ini malah tools atau peralatan lain pun perlu ada dan seharusnya setiap orang apabila memiliki alat transciever sendiri perlulah ada tools box sendiri dan equipment untuk kerja2 maintenance sendiri atau pengujian ant. atau juga penghomebrew sendiri...*hehe maaf reka ayat sendiri*...semua ini perlu ada pada setiap ham operators sebagai kemudahan untuk sendiri.kita tidaklah boleh bergantung pada orang lain sahaja,kerana ilmu itu perlu ada pada setiap orang untuk kegunaan sendiri dan jangan lupa bila dah ada anak murid sendiri jangan lupa untuk mengajar pada anak murid pula sama seperti cikgu mengajar kita dulu.bukan 100% kita kena ajar apa ilmu ada pada guru kita itu.kita permudahkan lagi dan mengajar untuk kebaikan sesama kita dalam keluarga radio amatur kita ini.



sekian sahaja saya rasa cerita ini.

INSYALLAH ada cerita lagi saya akan berkongsi bersama dalam ini...

sekian...

73s