Sunday, July 13, 2008

Operator Ham Radio minat pada dunia hobi ini...

Assalamualaikum,Salam sejahtera...

Maaf rakan2 ku semua lama tak update blog..lagi sibuk dah sekarang nie...



Wokay...kat sini aku ada story skit mengenai rakan baru aku jumpa...amat tertarik disini dimana aku dapat jumpa rakan baru ini dalam internet dimana beliau berminat nak belajar tapi dia sendiri takde cikgu..selepas lulus dalam exam baru jumpa aku terus melantik aku jadi guru dia dalam hobi ini...walau pun hobi ini tidak berbayar,tidak bergaji,seperti aku jumpa dengan seorang 9Ms ini dia kata ini semua dia lakukan semuanya *unpaid* tapi dia masih bersemangat ketar...untuk mengajar semua,tapi amat sayang dia nie tidak berapa minat nak mengajar apabila melihat politik dalam hobi ini...huhuhu...so rakan baru aku tu ialah Saudara Aziran 9W2AZX yang asala dari utara tetapi bekerja di sebalah zon tengah dan tinggal di Shah Alam,itu sempat aku interview dia.baru berapa kali jumpa dia.tapi sayang jumpa sama2 malu..hahaha



Okay aku nampak disini di mana rakan2 yang kebarangkaliannya tidak berapa berminat untuk mendalaminya lagi radio ini.sedangkan kita boleh perolehi banyak lagi ilmu untuk kita sama2 belajar...walaupun ilmu itu kita tidak boleh bawa kemana tetapi ia tetap masih digunakan pada kita setiap hari selagi kita masih hidup didunia ini..seperti story yang aku masukkan dalam blog sebelum ini..cerita dia sama jer...



Seperti saudara 9W2AZX ini berminat bertanyakan pada aku mengenai ant. 2m ini...so dia tak paham mengenai ukuran ant. ini dan sebagainya.aku minta beliau terus telefon aku pada jam 3.26 minit pagi ketika itu so dia terus berminat untuk belajar.walaupun aku dah mengatuk tapi layan jer lah selaku anak murid bertanyakan...

so mengenai ant. ini aku ingin kongsi sedikit,bahawa kita tidak boleh ikut seratus peratus apa yang dalam buku itu kata dan cara kiraan kita itu.tapi kita boleh ambil ukurannya.sebab dalam buku itu kata buat macam2 ini,tapi buku itu mengikut ant. yang buku itu buat..tapi lain pula dengan cara yang kita buat,ini kemungkinan terjadi apabila kita tidak boleh buat ant. itu sama 100% seperti buku itu buat.kecuali tangan kita ni boleh buat sehalus seperti ant. yang buku itu buat.SO suggestion saya kepada rakan2 ini nak buat ant. dan hendak tunekan ant. itu pada freq.2 sekian harulah mengunakan secara amali dan teori juga perlu di buat supaya kita boleh dapat setepat freq. yang kita mahukan.Setiap orang perlulah ada SWR meter sendiri atau boleh pinjam pada rakan2 kita atau juga boleh share untuk memilikinya jikalau tidak mampu.seperti aku...huhuhu...

Okay ini bukan sahaja SWR meter yang perlu ada apabila kita memiliki radio ini malah tools atau peralatan lain pun perlu ada dan seharusnya setiap orang apabila memiliki alat transciever sendiri perlulah ada tools box sendiri dan equipment untuk kerja2 maintenance sendiri atau pengujian ant. atau juga penghomebrew sendiri...*hehe maaf reka ayat sendiri*...semua ini perlu ada pada setiap ham operators sebagai kemudahan untuk sendiri.kita tidaklah boleh bergantung pada orang lain sahaja,kerana ilmu itu perlu ada pada setiap orang untuk kegunaan sendiri dan jangan lupa bila dah ada anak murid sendiri jangan lupa untuk mengajar pada anak murid pula sama seperti cikgu mengajar kita dulu.bukan 100% kita kena ajar apa ilmu ada pada guru kita itu.kita permudahkan lagi dan mengajar untuk kebaikan sesama kita dalam keluarga radio amatur kita ini.



sekian sahaja saya rasa cerita ini.

INSYALLAH ada cerita lagi saya akan berkongsi bersama dalam ini...

sekian...

73s