Friday, May 30, 2008

Pameran Radio Amatur Di Malaysia

Assalamualaikum
Salam Sejahtera...berjumpa lagi kali ini mengisahkan tentang pameran-pameran Radio Amatur ini yang mana saya pernah kunjungi di sesetengah kawasan di Semenanjung ini...ada yang menyeronokkan,ada yang mengembirakan,ada juga yang menjadi satu kenangan abadi sehingga kini yang tak dapat dilupakan.
Ini sewaktu Pameran Radio Amatur di Batu Pahat,Johor dimana saya dapat ber eyeball dengan rakan yang selama ini hanya QSO belum pernah berjumpa dan terus dapat mengenali orangnya.Disini juga kami dapat menarik minat rakan2 baru yang ingin berkecimpung dalam Dunia Hobi Radio Amatur ini dan sehingga kini rakan tersebut aktif di Batu Pahat.
Disamping Eyeball dan buat Pameran dapat belajar dengan rakan yang arif dan mengetahuinya pasal communication Radio ini.
Ah...!!! belajar...tanya jangan tak tanya....

Dapat menarik minat pada para pengunjung malah dapat berkenalan dengan rakan baru.

Dapat berkongsi pengalaman di antara rakan2 lain.......

Bukan Eyeball QSO sajer...malah sempat buat net on the air sewaktu Pameran berlangsung...
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pameran ketika roadshow Di Segamat

Pameran di Segamat,Johor

Dapat lagi mengenali jenis2 ant. mobile sambil memeriahkan majlis pameran di Segamat

Pameran Radio Amatur Segamat,Johor.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pameran Radio Amatur di
Universiti Teknologi Petronas, Bandar Seri Iskandar, Tronoh, Perak.

ah...terangkan apa kelebihan Radio Amatur ini...

ini Bestnya sambil Buat Pameran sambil aku mengujinya..hehehehe
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pameran Radio Amatur di

UITM Lendu,Alor Gajah,Melaka.

Baru tahu apa itu YL....(Young Lady)...ramai plak tu...


Pengujian komunikasi di HF(high frequency)

Antenna vertical VHF & Antenna Dipole HFKomunikasi di Hf
Ramai rakan2 Ham lain pun turun padang membantu memeriahkan tapak Pameran...thanks to all...Dah buat pameran..sama2 mengemas tapak pameran pulak...

Ok....disini saya sungguh menyeronokkan di hati dimana dapat berjumpa dengan rakan2,malah berkongsi ilmu,bertukar pendapat,dan sebagainya.Jikalau ada lagi Pameran jangan melepaskan kesempatan untuk turun ke tapak bagi memeriahkan Pameran itu malah mencari rakan2 yang penuh ilmu ini untuk kita berkongsikan bersama.Jangan Lepaskan peluang ini........

Bersatu kita Teguh,Bercerai kita Roboh....

73s

Tuesday, May 20, 2008

Flea Market Kembali lagi!! 1 Jun 2008

DaTAng JAngan Tak dAtaNG!!!.....rugi sape tak datang.............

Flea Market kembali lagi!! Kali ini dengan lebih banyak produk pelbagai berkaitan Radio Amatur. Antara produk baru:-
1) Trap dipole untuk 80m, 40m, 20m, 15m dan 10m.
2) Balun untuk Dipole antena
3) Yagi HF homebrew untuk 10m Band 3 element!!
4) ARDF Beacon Kits ver. 2.1 dan 1.1
5) Quad antenna 4 Element homebrew
6) Telescopic antenna 2m
7) Coolinear 2M base antenna
8) Cable 300 Ohm
9) Secondhand transceiver
10) Slim Jim 2M
11) dan banyak lagi........ .
Jumpa pada 1 Jun 2008 Ahad nanti!!lawati http://fleamarket.mares.org.my/ untuk gambar semasa.Bagi yang baru... berikut ialah jemputan ke Flea market kali ini Salam sejahtera,Rakan-Rakan Ham Seluruh MalaysiaUntuk menyemarakkan aktiviti radio amatur dikalangan komuniti radio amatur di Semenanjung Malaysia, saya mewakili pihak komuniti Flea Market ingin memaklumkan pihak Mares akan mengadakan Jualan Flea Market seperti di bawah:
Tarikh : 1 JUN 2008
Jam : 9.00am hingga 3.30pm
Tempat : Kelab Mares Petaling Jaya ( peta lokasi - http://www.mares.org.my/files/map-club.jpg )

Penyertaan adalah terbuka pada semua rakan-rakan radio amatur atau SWL.Para peminat hobi radio amatur dari pelbagai komuniti dapat menggunakan peluang acara Flea Market ini untuk mendapatkan 'value' pada barangan (yang telah tidak digunakan lagi) yang berkaitan hobi radio amatur seperti antena terpakai, komponen-komponen radio terpakai, kabel, buku-buku atau majalah berkaitan radio amatur, barangan homebrew dan sebagainya dengan menjualnya pada hari tersebut.Flea Market juga dapat dijadikan medan mendapatkan perkakasan radio amatur pada nilai terbaik dan ruang khidmat nasihat teknikal secara langsung dengan penjual.Disamping itu aktiviti ini dapat menjadi medan buat para peminat radio amatur mendapatkan perkakasan radio amatur dengan lebih mudah serta dapat mengeratkan hubungan sesama rakan-rakan radio amatur di Malaysia melalui interaksi.

Bagi rakan-rakan yang berminat untuk menjual barangan atau perkakasan berkaitan radio amatur atau barangan homebrew pada hari tersebut bolehlah menghubungi saya di hamfleamarket@gmail.com untuk tempahan ruang jualan. Sekiranya tidak mahu menempah ruang atau barangan yang ingin dijual adalah dalam kuantiti kecil juga boleh menumpang meja khas yang akan disediakan nanti.Bagi rakan-rakan radio amatur yang berminat membeli atau sekadar 'window shopping' juga dijemput datang untuk memeriahkan aktiviti ini nanti.

Selain aktiviti jualan terdapat beberapa aktiviti sampingan semasa jualan nanti. Maklumat lanjut mengenai Flea Market ini boleh dicapai di http://fleamarket.mares.org.my/Diharap pihak tuan dapat memaklumkan pada komuniti tuan tentang aktiviti ini dan sekiranya ada yang berminat ingin ikut serta menjual barangan atau mencari perkakasan hobi radio amatur bolehlah menghubungi kami sebelum tarikh tersebut. Kehadiran tuan-tuan nanti amat kami nantikan.
Terima kasih."Flea Market Medan Interaksi Sesama Komuniti"
Abdul Mutalib017-6391632
Komuniti Flea Market 9M2SQL

Saturday, May 17, 2008

Pendapat dan Perkongsian

Assalamualaikum...!

Salam Sejahtera....

Baru2 nie ada chat bersama rakan menceritakan tentang pendapat kelebihannya dalam hobi radio amatuer ini.Saya ada menanyakan dengan 9Ws ini apa kelebihan dan manfaatnya dengan hobi ini.Dimana beliau telah join dalam amatuer radio ini beliau dapat dari segi ilmu,kawan,kepentingan diri dan sebagainya.

Ilmu
Dari segi ilmu yang boleh perolehinya jikalau kita betul2 memanfaatkan dalam hobi ini dimana kita boleh mengetahui tentang atau cara komunikasi ini terjadi sedangkan kita menggunakannya pada setiap hari.Sebagai salah satu contoh kita mengunakan communication voice dimana kita boleh berinteraksi dengan komunikasi suara sedangkan dari komponen2 elektronik ini yang dicamtumkan menjadi satu alat perhubungan suara dari satu tempat ke satu tempat yang tidak kira jauhnya sebagai salah satu contoh iaitu telefon.Tidak kiralah telefon bimbit atau telefon pelbagai jenis ini.Ini terjadi dimana dari gelombang suara(bunyi) ditukarkan menjadi gelombang elektrik dan dihantar oleh antenna kepada unit penerima.
Ini berkaitan juga dengan commnication radio kita dari sekian2............boleh ber QSO dengan sekian2.....
seronok jikalau kita mengamatinya jikalau kita minat untuk belajar bagai mana komunikasi ini terjadi.Saya berminat untuk belajar ini semua apabila saya segan ditanya oleh kanak2 yang ingin mengetahui bagaimana komunkasi suara ini terjadi.Sewaktu situasi itu terjadi saya sedang duduk lepak dikampung saya yang kanak2 tersebut permikiran matang yang ingin belajar tentang komunikasi suara ini terjadi.Kita amat malu jikalau kita tidak boleh jawab soalan ketika itu.Sedangkan kita telah pun belajar sewaktu kita mengambil RAE dulu....Tak tahu ler kalau tak belajar boleh lulus atau gunakan cara yang lain...hi! hi!.....

Kawan
Dengan kelebihan hobi ini dimana kita boleh perolehi kawan yang baru malah seperti keluarga pula kita dalam hobi ini.Tidak kira dimana kita pergi dari utara ke selatan,dari timur ke barat tapi kita boleh perolehi kawan yang lebih dari kawan kita sekarang ini.Seperti saya ke satu tempat dulu atas urusan kerja sambil bercuti bersama keluarga dimana saya agak bosan ketika itu tiada program saya selama disana.Jadi dengan hobi ini saya mencari rakan yang baru dengan berjumpa rakan2 di lokalan tersebut untuk berkenalan diantara satu sama lain dan berkongsi-kongsi maklumat dan sebagainya.

Kepentingan & Kelebihan
Kelebihan dalam hobi ini dimana kita boleh hubungi dari segi bantuan kecemasan, bantuan komunikasi perluan arah tuju dan bantuan-bantuan lain.Seperti pengalaman saya dulu sewaktu ke Pulau Pinang dimana saya tidak jumpa tempat penginapan saya disana pada waktu itu.Dengan meminta bantuan rakan2 melalui Freq. lokal di sana saya terus dapat menuju tempat penginapan saya sedangkan ketika itu saya dah pun melalui di tempat penginapan saya itu.Disini banyak kita boleh perolehi kelebihannya dan kepentingannya untuk diri kita dan sebagainya.


Ok disini kita memanfaatkanlah sebetul2nya dengan kelebihan dan kepentingan kita bersama.
sekian dari saya sampai jumpa lagi.

73s

Assalamualaikum

Sunday, May 4, 2008

MICROPHONE FOR TRANSCIEVER


Hi...
Baru2 ini saya ada eyeball dengan seorang 9Ms di Selatan...ketika saya di Ham Shack beliau saya ternampak mic yang digunakan untuk QSO di HF.Saya amat tertarik dengan mic lama yang berjenis Icom,Yaesu dan Kenwood.Sempat juga saya menggunakannya untuk QSO di HF.Memang sensitivity Mic tersebut cukup kuat dengan jarak 1meter pun audio saya dapat di tangkap oleh mic tersebut.Mmaybe mic gain untuk sensitivity tinggi untuk jenis2 mic itu..saya agak tertarik dan saya cuba buat mic tersebut dengan pengubahsuaian Mic Komputer dan disambungkan pada transciever.

Senang untuk membuat pengubahsuaian mic komputer dari cara anda mengetahui fungsi2 pada transciever iaitu pada connector RJ45 untuk Icom dimana kita perlu mengetahui untuk PTT input,Ground,Mic input,Mic Ground.Sama juga untuk Yaesu dan jenis2 transciever lain.

Kita juga boleh modified untuk Mic di sambung untuk pengoperasian di dalam kereta dengan membuat suis dan juga mic untuk di sambung pada transciever.Jadi lebih mudah untuk kita QSO sambil memandu.Suis anda boleh dapati di kedai electronic yang pelbagai jenis dan anda boleh memasang di dalam kereta dengan pelbagai cara seperti suis itu di letak pada Stereng kereta,atau di letak bersebelahan dengan padle kaki(bagi kereta gear automatic) dan boleh di letak pada pintu kereta mengikut kehendak(citarasa) pengguna.

Selamat mencuba dan Semoga Berjaya...

73s

Friday, May 2, 2008

Kenapa,Mengapa dan Sebab Apa?


ok...ape kabar semua rakan2 ku sekalian...

kali ini aku ada dapat lagi terlihat org yang baru dan yang lama ini tak kira minat dalam hobi amatuer radio ini dengan pelbagai jenis komunikasi Radio Amatuer ini..ada yang meminati komunikasi suara(voice) sedangkan kita mempunyai banyak atau pelbagai jenis komunikasi yang ada di dalam amatuer radio ini...tetapi amat sayang sekali kita kurang menggunakannya...

Saya tidak pasti adakah ini berpunca dari minat rakan2 atau kemampuan untuk berkecimpung dalam bidang komunikasi yang lain.Apa pengalaman saya dalam dunia hobi radio amatur ini adalah tidak menggunakan kos yang agak tinggi berbanding hobi yang lain tetapi kita dapat melihat,menkaji dan menguji alat komunikasi ini di mana kita selama ini menggunakannya tetapi kita tidak mengetahuinya.Seperti salah satu contoh kita menggunakan komunikasi hubungan telefon bimbit yang kini dah bermacam-macam mode yang ada iaitu seperti kita boleh menelefon dengan menggunakan sistem 3G (video call),menghantar gambar melalui telefon bimbit (MMS),pesanan ringkas SMS,GPRS,malah sistem pada telefon bimbit pun telah memiliki software GPS , dan perlbagai lagi yang ada.


Perkara-perkara ini juga ada dalam hobi radio amatur ini di mana kita boleh juga membuat komunikasi seperti telefon mudah alih itu dalam amatuer radio ini dengan seperti menggunakan digital komunikasi ini dengan program SSTV,FSTV, APRS,RTTY dan sebagainya..memang seronok jikalau kita menikmati kesemuanya yang ada dan kita dapat memperolehi ilmu-ilmu yang ada dimana kita semua menggunakannya pada setiap hari..kepada rakan2 yang berminat boleh layari di http://www.google.com/ dan cuba search untuk jenis2 komunikasi yang ada dalam amatuer radio ini...




Apabila telah berjaya...!!! jangan lupa mengajak rakan2 baru kita ini supaya kita dapat berkongsi ilmu untuk kita semua sesama dalam keluarga yang baru iaitu keluarga radio amatur ini...


sekian dari saya....terima kasih

Thursday, May 1, 2008

Melawat & Melihat




Assalamualaikum semua.!!!

Baru2 ini aku ada kesebuah majlis mengenai dengan Ham Radio ini di Malaysia.Memang seronok pergi, dapat berjumpa dengan ramai rakan2 Ham Radio di sesebuah kawasan malah ada juga rakan dari jauh di dalam Malaysia ini hadir sama bagi memeriahkan Majlis ini.Tetapi........ Majlis itu hanya untuk sesebuah kawasan sahaja.....


Yang seronok dapat jumpa kawan atau rakan2 radio ham ini yang selama ini kita ber QSO tak dapat lihat muka,pada majlis itu baru dapat berjumpa. Tetapi disebaliknya org yang ingin berjumpa dan berkenalan dengan aku, tidak dapat jumpa atau berkenalan kerana aku masih menyepikan diri KU di dalam Majlis itu...aku masih jadi Pemalu dan buat2 malu kerana aku ingin melihat jenis2 rakan atau jenis Ham yang ada di Malaysia ini.


Ada yang membanggakan , ada juga yang menyeronokkan ,malah juga ada yang menyedihkan dan ada yang mendukakan....jadi di sini aku berjaya lagi melihat ragam manusia(operator Radio Amatur) di Malaysia ini yang masih mementingkan diri atau yang menjaga diri tidak menggunakan sebaiknya untuk kepentingan org lain.


Disini lagi menjadikan aku isu tanda tanya kenapa,Mengapa dan sebab apa perkara seperti ini masih ada pada diri seseorang sedangkan kita di bawah satu tempat permainan yang sama iaitu Hobi Radio Amatur.Kenapa kita tidak boleh berkesefahaman di antara satu sama lain.Mengapa pula kita tidak boleh bersatu sedangkan kita di atas satu bumbung yang sama.Ia tetap di bumbung yang sama walaupun pelbagai rupa dan bentuk...

Adakah perkara ini perlu dibendung atau dibiarkan sahaja dan akan dipandang hina oleh masyarakat baru kita ini atau diikuti pula oleh bangsa yang baru ingin menjejaki dunia Hobi Ham Radio ini.....?

Wahai umat2 operator radio amatur ku..sedarkan lah diri Mu itu supaya kita bersatu semula seperti satu keluarga yang harmoni..


73s